JUN 2021

Jalan Raya Kampung Pantu Plaie Siap


SIMUNJAN: Penambahbaikan kemudahan infrastruktur asas untuk rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar terus menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi mengadakan lawatan kerja ke Kampung Pantu Plaie bagi meninjau perkembangan di kampung berkenaan, baru-baru ini.

Menerusi laman media Facebook beliau, Julaihi menzahirkan rasa bersyukur dan gembira apabila melihat kemudahan jalan raya di kampung tersebut siap sepenuhnya demi keselesaan penduduk.

Katanya, kampung yang mempunyai 29 rumah dengan penduduk seramai 135 orang tersebut terletak 3.5 kilometer (km) dari simpang jalan  pesisir di laluan jalan raya Ladong, Sebangan dan Sebuyau.

Hadir sama Residen Samarahan, Berahim Lumpu, Pegawai Tadbir Sarawak (SAO), Ajis Ahmad dan Penghulu Merum Babu.

Sumber dari : Jiwa Bakti